Saturday, June 29, 2013

Jalan - Jalan Ganu Kiteee..

Kali ni aku pegi jalan-jalan Terengganu pulak.Banyak jalan la aku nih. Abih duit kot jalan jer. Huhu.. Bukan plan nak pegi jalan-jalan pun, plan asal nak pegi hantar barang zury jer. Orang bagi peruntukan so kite kene la ambil kesempatan. Banyak kot barang dia, penuh kereta.

Perjalanan bermula dengan bacaan Bismillah pada awal pagi. Tak pagi sangat pun , dalam pukul 7.30 am dari Gambang. Kami plan ikot jalan pantai sebab nak santai-santai jer. Dengan kelajuan 80km/h pukul 9 sampai area Cherating. Berenti sarapan jer, tak pegi pantai pun. Macam awal sangat jer nak pegi jalan2 pantai. Lepas tu terus je ke rumah zury dekat Marang. Lepas simpan-simpan barang die n makan tengah hari dalam pukul 3 tu baru keluar pagi jejalan area Kuala Terengganu. Sempat pegi 2 3 tempat jer pun.

1st sekali zury bawak aku pegi jalan Pantai Pandak kat Chendering. Cantik pantai tuh bersih jer pastu de batu - batu sesuai la nak photoshot. hehe.

Panas terik.. Hitam jadinyer
Dah panas sangat kat situ, kami pun pegi Kuala Terengganu. Dia bawak aku pegi Masjid Terapung. Aku dah pernah pegi, tapi tak pernah ade gambar. So, amik gambar 2 3 keping terus pegi tempat laen.
Tempat seterusnya Masjid Kristal. banyak masjid kat sini. semua ok kecuali masjid kristal. Toilet die amat teruk n masjid tak pasang aircond. hehe.

 Pastu kami pegi Masjid Putih tuk mandi smayang n terus balik Gambang sebab da malam.
Sekian perjalanan di Terengganu. Kempunan nak makan kopok lekor. da malam cari xjumpak..

Sunday, June 16, 2013

Jalan - Jalan Negeri Sendiri

      Dekat - dekat 2 tahun jugak la tak pi jalan-jalan dalam negeri sendiri. Kalau tak silap 14 June 2013 kot aku makan angin nih. Tak sempat nak jalan sangat pun sebab time tu ondaway nak balik Gambang. Mula bertolak pkol 10 pagi, tapi tungu Cik Zury nih sampai stesen bas Parit Buntar dekat-dekat pkol 12 baru gerak dari Parit Buntar. Yang betolnyer nak bawak Zury nih jejalan sini sebab dia tak penah sampai pun.

     1st sekali aku bawak dia jalan jalan area Taiping. Singgah makan tengahari kat belakang bomba taiping. Syok makan kat situ banyak lauk. tp harga dia pun boleh tahan jugak la kan. Pastu aku bawak dia pusing Taman Tasik Taiping. Comel tempat tuh, kalaw bawak awek dating cukup romantik. hehe.

Budak gemuk tepi tasik


















     Sempat bawak die pegi taman tasik ngan pusing-pusing pekan Taiping. Pastu aku terus ke Ipoh sebab dia cakap teringin nak pegi Gunung Lang. Aku tak mau buang mase sangat sebab jauh lagi pejalanan nak ke gambang tuh. 
On The Way ke Ipoh

   Sampai jer Gunung Lang dah berjoget2 da Cik Zury ni nak pegi bergambar. haha. Tapi time tu da mendung nak hujan. Sampai kaunter terus amik tiket naik bot pegi seberang. Ni gambar-gambar sekitar Gunung Lang yang sempat amik.

 

Romantik Tuh!




   Ni la 1st time aku pegi seberang Gunung Lang sepanjang hidup. Tak dak apa2 sangat pun cuma landskap dia cantik sesuai la kalaw photographer nak pegi amik gambaq kat situ. Ada rumah rumah kayu, menara kawalan apa ntah n de mini zoo kot.




Habis bergambaq pi pekena laksa Kedah kat Padang Polo. Sedap baq hang!! Pastu terus shot sampai Gambang. Tengah malam jugak la baru sampai gambang. Sekian untuk jalan jalan kali nih. =)